Monday, March 30, 2009

buku mendidik anak menyintai solat


INI adalah buku terjemahan saya yang kedua dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Judul asal buku ini di dalam bahasa Arab ialah "kaifa nuhabbibus solah li abna ina". Pengarangnya ialah seorang dr dari Iraq. Buku ini disiarkan melalui internet di www.saaid.com...Hubungi penerbit untuk mendapatkannya.

maktabah saya


Ini adalah gambar sebahagian dari mini maktabah di rumah saya. Di dalamnya mengandungi kitab-kitab agama berbahasa Arab dan Melayu. Saya menjadikan buku-buku yang terdapat di sini sebagai rujukan saya dalam menulis buku. Bilangan buku di dalamnya sentiasa ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan budget yang ada.

Sunday, March 29, 2009

buku 120 persoalan praktikal solat jamak dan qasar


Buku ini adalah tulisan saya sendiri bersama rakan saya Ust Azhar Yahya. Ia membincangkan kemusykilan2 berkenaan solat jamak dan qasar di mana sebanyak 120 persoalan berkenaan solat jamak dan qasar telah diperbahaskan di dalam buku ini. Jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini lebih menjurus kepada pengamalan dalam mazhab Syafie, di samping dibentangkan juga pendapat2 dlm mazhab lain dan pendapat jumhur ulamak.Untuk pengetahuan pembaca, buku ini masih dalam proses kemaskini, penambahan dan pengubahsuaian semula bagi cetakan kedua tidak lama lagi. Kepada para pembaca yang ingin membuat tempahan awal, sila maklumkan kepada saya 013-9426737 (ust zul) dan 019-3642314

kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE



Ini adalah kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE yang dikarang oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili (pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu). Kitab ini adalah kitab fiqh mazhab Syafie yang terbaru, cetakan pertama Darul Qalam, Syria tahun 2007. Kami sedang mengusahakan penterjemahan kitab ini ke dalam bahasa Melayu moden supaya manfaatnya dapat dikembangkan dan diperolehi oleh masyarakat Islam di Malaysia. Kami memerlukan dana dari para dermawan sekelian untuk membiayai projek penterjemahan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isi kitab ini dan projek penterjemahan kitab ini sila berhubung dengan saya 013-9426737 (ust zul) dan 019-3642314 (ust azhar). Sekian.

Saturday, March 28, 2009

buku rahsia kematian, alam barzakh dan roh


BUKU RAHSIA KEMATIAN, ALAM BARZAKH DAN ROH
Buku ini tulisah sahabat saya Ust Ahmad Adnan bin Fadzil. Ia membicarakan ttg proses kematian bermula dari roh dicabut dari jasad sehingga penempatan roh samada di syurga atau neraka. Segala yang berkenaan kematian, alam barzakh dan roh dihuraikan oleh beliau di dalam buku ini. Hubungi penerbit untuk mendapatkannya.

tazkirah hari ini

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya: Kita bertanya : Kenapa aku diuji ? Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ? Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?Quran menjawab,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ? Quran menjawab,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?Quran menjawab.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?Quran menjawab,

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

Kita berkata : Aku tak tahan!!! Quran menjawab,

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ? Quran menjawab,

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Sudah.. Jangan mengeluh..
Jom bacaQuran..

petikan dr www.iluvislam.com

lagi satu projek masih dlm pembikinan

Saya baru menghantar skrip bertajuk "fatwa2 terpilih prof dr ali jum'ah" kepada syarikat penerbitan mustread sdn bhd. skrip ini pada asalnya adalah terjemahan fatwa-fatwa dr ali jum'ah yang terdapat dalam program maktabah syamilah versi 2.11 yang mengandungi 5500 kitab. Skrip ini telah lama dulu saya siapkan, pernah di hantar kepada PTS islamika dan pustaka azhar tetapi mereka tidak dapat menerimanya. akhirnya saya menelefon en kahar selaku editor perolehan di syarikat berkenaan dan saya send skrip tersebut melalui emel. Beliau menerima skrip tersebut dengan syarat dilakukan sedikit penambahan isinya untuk menambahkan ketebalannya. Skrg saya sedang membuat apa-apa penambahan yg patut terhadap skrip ini.

Friday, March 27, 2009

rz dalam kenangan

tatkala ummushifa' memperkatakan tentang bilik excellent...terkenang zaman belajar di um dl....tinggal di rz..
sebenarnya rz banyak mengajar aku apa itu erti kedewasaan, kematangan, kewanitaan, kekakakkan, keadikkan, kenenekkan, tarbiyyah, dan pelbagai lg....pengalaman bertahun tinggal di rz amat manis sekali untuk di kenang..
tahun pertama tinggal bersama kakak2 senior..yang teror memasak ....masih ku ingat nasi goreng hati ala k.amy...nasi minyak ala k.aisyah...rendang tok ala k.su dan mcm2 lg sampai blh lupa mskan mak d kg..ingat lg masa mula2 dok rz ckp kat k.amy..saya x pandai masak...tak dpt aku bygkan masa 2 mcm mana nak msk nc grg, mee grg..teringt kenangan k.ina mengajar aku cr nak memsk kari ikan....
itu br bab makanan..teringat juga kenagan k.husna mengajar cara bawa motor...pusing2 keliling laman rz..tq kak..oleh kerana itu sy pandai bw moto hgga ke skrang....
zaman2 bersama rkn2 seperjuangan...zalin yg pandai memasak ala2 cheft, pohon hijau dengan coktail and donutnya, ummu shifa' masak apa..lupa da, wan dgn resepi ibunya..tak lkang dg perkataan mak saya kata masak kn ginu...gitu (anak mak sngguh), uya..ina..caah, nana..rini, yan. dan lain
zaman bersama2 adik2 aina dan zue dgn mskan ala utara, mama, suai, ummi lah..suem, achik, ikei, bibah, yana, aiman, yah, awe, hanisah dgn mi ala terengganu, intan, dan lain2 mengimbau kenangan yang sukar dilupakan di dalam memori..teringat ke arwah syafawati yang rapat dgan ummushifa' (al-fatihah) .
persoalan kini muncul di benak fikiran.....di manakh kalian...ada yang masih di contact dan ada yang dah lost contact......mungkin pas ni kt blh buat reunion....
apapun pengalamn berada d rz memberi kesan yang positif terhadap pembangan dan jatidiri seorang muslimah...solat jemah bersama, puasa isnin dan khamis, tazkirah magrib dan subuh, al matsurat ....
terima kasih buat semua sahabat2 rz yang banyak memberi dorongan, mengembirakan hati, yang memberikan tasji d kala dtimpa musibah dan ujian.......mg2 kita kan ketemu ber reunion bersama2...

Friday, March 20, 2009

projek terbaru dan terkini

Buku 120 persoalan solat jamak dan qasar masih dalam proses pembetulan dan penambahan semula. saya dan ust azhar, rakan kongsi saya dalam menulis buku ini sedang bertungkus-lumus melakukan penambahan dan pembetulan semula terhadap buku ini...insya allah kami akan mencetak dan menerbitkannya dengan edisi baru beserta tambahan dan pembetulan.....di harap pembaca dapat bersabar menunggunya di pasaran...pada masa yang sama juga saya sedang mengusahakan penterjemahan kitab Al-Muktamad Fil Fiqh Asy-Syafie yang ditulis oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili. Saya mendapat keizinan daripada Prof Zuhaili untuk menterjemahkan kitab ini ke dalam bahasa Melayu. Kini, saya sedang mencari pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan bagi membiayai projek ini terutamanya bayaran yang akan kami berikan kepada para penterjemah kami. Penerbitan terjemahan ini nanti akan diambil alih oleh Faza Publications, syarikat penerbitan kepunyaan akhi Ust Azhar Yahya. Kepada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan projek penterjemahan ini, harap dapat hubungi saya di talian 013-9426737 (ust zul). Kami mengalu-alukan sumbangan dari penderma-penderma yang budiman demi melihat kitab Al-Muktamad ini dapat dibaca terjemahannya oleh masyarakat Malaysia.

Thursday, March 19, 2009

farmasi satelit vs dis

sedar tak sedar sudah hampir sebulan aku di unit baru..setelah 2 tahun 9 bulan keje di farmasi satelit (farmasi yang membekalkan ubat ke wad2)...mmg byk kenangan indah di situ....di mana tempt ku mula bertapak selepas tamat menjadi peg farmasi pelatih (PRP)...bnyk perkra yang kepelajari......kehadiran pem farmasi yang senior....k.tim n k.shdh yang byk membantu....tima ksh...harap tautan ukhwah kt bertrusan.....
DIS unit baruku.....memberi info mengenai ubat2... seronok jg...agak relex berbanding dengan satelit...tp byk kn buat laporan....setiap bulan ada je laporan yg perlu dibuat dan dhantar...
mcmana nak handle pertanyaan..camne nak cr info...dan macm2 lagi...
sedar tak sedar rpnye2 bulan 6 ni tamatlah era compulsory service dlm kerajaan..ada jg kawan2 dah bercongak2 nak quit gvmnt....tp aku terikat lg 3 tahun..almaklumlah belajar pakai biasiswa jpa.....yang ptptn 2 dah blh mula2 survey...nak buka kedai farmasi sendiri ke......
aku ada jg memasang impian nak buka kedai farmasi satu hr nanti..blm pasti samaada ia realiti atau fantasi...

cahaya permata hati

16.3.2009 tarikh keramat yang membawa erti yang besar dalam hidupku kerana pada tarikh itulah genap 2 tahun ulang tahun perkahwinan kami...mcm tak percaya dah 2 tahun berkongsi hidup bersama suami.....
dua tahun juga rumah tangga kami bina bersama tanpa kehadiran permata hati....
ibu d kg dah bsg..kakak semua pun bsg...anak sedara pun bising bl nak dpt anak.....bl nak dpt anak sdr ni...bl nak dpt sepupu nie cu....entahla....
jwpan skema yang kujawab..."belum ada rezki......." mmg 2 je jwpan yang aku beri if org tanya bl nak dpt cahaya mata....."dah usaha ke".."tok bomoh sini bagus kalu berurut"...."produk xyz ni bagus..ramai org cuba dpt anak".....mcm2 saranan yang diberi...
terima kasih atas kprihatinan keluarga n sahabat..insyaallah...km akan berusaha....ALLAH juga yang menentukan.....
doakan kami ye.....
tahniah bt shbtku adie yang baru menimang chya mata baru2 nie..pasni mnyusul pl pohon hijau, ummu shifa, drnurizah..dan shbku w......moga2 aku kan bisa mengikuti jejak langkah kalian...