Tuesday, September 22, 2009

buku AMALAN 24 JAM DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH


Ini adalah buku amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah.
Terbitan PTS Islamika tahun 2009. Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Ia menghimpunkan lebih seribu sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Sila dapatkan buku ini melalui penerbitnya.

Sunday, September 13, 2009

buku HIMPUNAN SOAL-JAWAB PUASA


Buku Himpunan Soal-Jawab Puasa. Buku ini ditulis oleh saya sendiri bersama Ust Ahmad Adnan bin Fadzil. Terbitan PTS Islamika, cetakan pertama 2009. Buku ini membicarakan tentang permasalahan berkaitan ibadah puasa yang sering ditanya oleh orang awam seperti qada' puasa, kaffarah, fidyah, puasa dan isu-isu perubatan dan sebagainya. Jawapan kepada persoalan di dalam buku ini lebih menjurus kepada pengamalan dalam mazhab Syafie, pendapat jumhur ulama serta dimasukkan juga pendapat para ulama kontemporari seperti Prof Dr Ali Jum'ah, Syeikh Atiyyah Saqar, Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili dan lain-lain. Hubungi penerbit untuk mendapatkannya.