Friday, April 2, 2010

terjemahan buku HALAL DAN HARAM DLM ISLAM Dr Yusuf Qardawi oleh Dr Zulkifli Al-Bakri


Ini adalah terjemahan buku HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM yang dikarang oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Dr Zulkifli Al-Bakri. Terbitan Darul Syakir Enterprise tahun 2010.
Isi kandungan buku ini adalah seperti berikut:
Bab 1 - Prinsip2 Islam Berkenaan Halal dan Haram
Bab 2 - Halal dan Haram Dalam Kehidupan Orang Islam
Bab 3 - Halal dan Haram Dalam Perkahwinan dan Kehidupan Berkeluarga
Bab 4 - Halal dan Haram Dalam Kehidupan Umum Muslim
Setiap tajuk besar ini diperincikan pula dengan sub-sub tajuk. Buku ini membicarakan keseluruhan berkenaan halal dan haram dalam segenap aspek kehidupan seperti makanan, minuman, pakaian, hubungan suami-isteri dan lain-lain. Sila dapatkan buku ini dari saya (ust zul-temerloh)013-9426737 atau Saufi 0139319101 (kuantan). Harga boleh dirunding.

Thursday, February 25, 2010

buku AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA


Buku ini bertajuk AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA, ditulis oleh sahabat saya, Ust Mohd Rifki Myidin dan sahabatnya Ust Mohd Subki Abd Rahman Al-Hafiz. Buku ini menjawab tuduhan golongan tertentu yang mengatakan amalan-amalan tertentu selepas solat yang telah sekian lama diamalkan adalah amalan bid'ah dan patut ditinggalkan, umpamanya seperti menyapu muka dengan tangan, wirid secara jahar, berdoa sambil mengangkat tangan dan lain-lain. Penulis membentangkan dalil-dalil serta hujah-hujah daripada pendapat para ulama dengan merujuk kepada kitab-kitab karangan mereka untuk menjawab tuduhan golongan tersebut. Walau bagaimana pun buku ini telah dijawab semula oleh golongan tersebut. Apa pun kita mestilah berlapang dada dalam memahami sunnah dan dalam menghadapi masalah khilafiyyah dan perbezaan pendapat para ulama.