Friday, April 2, 2010

terjemahan buku HALAL DAN HARAM DLM ISLAM Dr Yusuf Qardawi oleh Dr Zulkifli Al-Bakri


Ini adalah terjemahan buku HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM yang dikarang oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Dr Zulkifli Al-Bakri. Terbitan Darul Syakir Enterprise tahun 2010.
Isi kandungan buku ini adalah seperti berikut:
Bab 1 - Prinsip2 Islam Berkenaan Halal dan Haram
Bab 2 - Halal dan Haram Dalam Kehidupan Orang Islam
Bab 3 - Halal dan Haram Dalam Perkahwinan dan Kehidupan Berkeluarga
Bab 4 - Halal dan Haram Dalam Kehidupan Umum Muslim
Setiap tajuk besar ini diperincikan pula dengan sub-sub tajuk. Buku ini membicarakan keseluruhan berkenaan halal dan haram dalam segenap aspek kehidupan seperti makanan, minuman, pakaian, hubungan suami-isteri dan lain-lain. Sila dapatkan buku ini dari saya (ust zul-temerloh)013-9426737 atau Saufi 0139319101 (kuantan). Harga boleh dirunding.

Thursday, February 25, 2010

buku AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA


Buku ini bertajuk AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA, ditulis oleh sahabat saya, Ust Mohd Rifki Myidin dan sahabatnya Ust Mohd Subki Abd Rahman Al-Hafiz. Buku ini menjawab tuduhan golongan tertentu yang mengatakan amalan-amalan tertentu selepas solat yang telah sekian lama diamalkan adalah amalan bid'ah dan patut ditinggalkan, umpamanya seperti menyapu muka dengan tangan, wirid secara jahar, berdoa sambil mengangkat tangan dan lain-lain. Penulis membentangkan dalil-dalil serta hujah-hujah daripada pendapat para ulama dengan merujuk kepada kitab-kitab karangan mereka untuk menjawab tuduhan golongan tersebut. Walau bagaimana pun buku ini telah dijawab semula oleh golongan tersebut. Apa pun kita mestilah berlapang dada dalam memahami sunnah dan dalam menghadapi masalah khilafiyyah dan perbezaan pendapat para ulama.

Thursday, October 8, 2009

terjemahan AL-FIQH AL-MANHAJI oleh Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri


Ini adalah terjemahan kitab AL-FIQH AL-MANHAJI ALA MAZHAB AL-IMAM AL-SYAFIE, kitab fiqh syafie kontemporari karangan Dr Mustofa Bugho dan rakan-rakannya dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (bekas pensyarah USIM) beserta tambahan dan ulasan beliau sendiri. Versi terjemahannya sebanyak 7 jilid (beserta satu jilid untuk bahagian mukaddimah), terbitan Darul Syakir Enterprise, tahun 2009. Harga RM250 termasuk belanja pos. Bagi mereka yang tinggal di sekitar dareah Kuantan, Maran, Temerloh, Bera, Lanchang dan Jerantut buku ini akan dihantar kepada anda. Sila hubungi saya untuk mendapatkannya 013-9426737 (ust Zul-Temerloh), 013-9319101 (Saufi-.Kuantan)
RINGKASAN KANDUNGAN KITAB:

MUKADDIMAH- sejarah kitab, keistimewaan, metodologi terj, biografi pengarang, tokoh hadis n imam syafie, istilah fiqh syafie, ulasan tokoh2 agama ttg fiqh manhaji

JILID 1- hukum bersuci, solat, azan n iqamah, zakat fitrah, qurban n jenazah

JILID 2- zakat, puasa, iktikaf, haji n umrah, bersumpah, nazar, perburuan, sembelihan, akikah, makanan n minuman, pakaian n perhiasan dll

JILID 3- nikah n pkara bkaitan dgnnya, wakaf, wasiat dll (bab munakahat)

JILID 4- ilmu faraid, jual beli, salam, kontrak, riba dll (bab muamalat)

JILID 5- sewa, jialah, sulh,, pinjaman, syarikat, pelaburan dll (bab muamalat)

JILID 6- jenayah, qisas, hudud, kehakiman, dakwaan, sumpah, pembuktian, pemerintahan islam dll.

Tuesday, September 22, 2009

buku AMALAN 24 JAM DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH


Ini adalah buku amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah.
Terbitan PTS Islamika tahun 2009. Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Ia menghimpunkan lebih seribu sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Sila dapatkan buku ini melalui penerbitnya.

Sunday, September 13, 2009

buku HIMPUNAN SOAL-JAWAB PUASA


Buku Himpunan Soal-Jawab Puasa. Buku ini ditulis oleh saya sendiri bersama Ust Ahmad Adnan bin Fadzil. Terbitan PTS Islamika, cetakan pertama 2009. Buku ini membicarakan tentang permasalahan berkaitan ibadah puasa yang sering ditanya oleh orang awam seperti qada' puasa, kaffarah, fidyah, puasa dan isu-isu perubatan dan sebagainya. Jawapan kepada persoalan di dalam buku ini lebih menjurus kepada pengamalan dalam mazhab Syafie, pendapat jumhur ulama serta dimasukkan juga pendapat para ulama kontemporari seperti Prof Dr Ali Jum'ah, Syeikh Atiyyah Saqar, Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili dan lain-lain. Hubungi penerbit untuk mendapatkannya.

Sunday, August 16, 2009

Projek penterjemahan kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE sedang berjalan


Assalamualaikum!

Pembaca yang dirahmati Allah!

Ini adalah kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE yang dikarang oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili (pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu). Kitab ini adalah kitab fiqh mazhab Syafie yang terbaru, cetakan pertama Darul Qalam, Syria tahun 2007. Kami sedang mengusahakan penterjemahan kitab ini ke dalam bahasa Melayu moden supaya manfaatnya dapat dikembangkan dan diperolehi oleh masyarakat Islam di Malaysia. Kami memerlukan dana dari para dermawan sekelian untuk membiayai projek penterjemahan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isi kitab ini dan projek penterjemahan kitab ini sila berhubung dengan saya 013-9426737 (ust zul) dan 019-3642314 (ust azhar). Jazakumullah khairan kathira.Sekian.

Sunday, August 9, 2009

buku 100 PERSOALAN PUASA


PROMOSI SEPANJANG BULAN RAMADHAN!
Assalamualaikum!
Pembaca yang budiman....
Buku 100 Persoalan Puasa yang ditulis oleh Ust Azhar Yahya dijual dengan harga RM6 sahaja dalam saiz poket sempena Ramadhan ini. Sila dapatkannya dari saya.