Thursday, February 25, 2010

buku AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA


Buku ini bertajuk AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA, ditulis oleh sahabat saya, Ust Mohd Rifki Myidin dan sahabatnya Ust Mohd Subki Abd Rahman Al-Hafiz. Buku ini menjawab tuduhan golongan tertentu yang mengatakan amalan-amalan tertentu selepas solat yang telah sekian lama diamalkan adalah amalan bid'ah dan patut ditinggalkan, umpamanya seperti menyapu muka dengan tangan, wirid secara jahar, berdoa sambil mengangkat tangan dan lain-lain. Penulis membentangkan dalil-dalil serta hujah-hujah daripada pendapat para ulama dengan merujuk kepada kitab-kitab karangan mereka untuk menjawab tuduhan golongan tersebut. Walau bagaimana pun buku ini telah dijawab semula oleh golongan tersebut. Apa pun kita mestilah berlapang dada dalam memahami sunnah dan dalam menghadapi masalah khilafiyyah dan perbezaan pendapat para ulama.

1 comment: