Friday, April 2, 2010

terjemahan buku HALAL DAN HARAM DLM ISLAM Dr Yusuf Qardawi oleh Dr Zulkifli Al-Bakri


Ini adalah terjemahan buku HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM yang dikarang oleh Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Dr Zulkifli Al-Bakri. Terbitan Darul Syakir Enterprise tahun 2010.
Isi kandungan buku ini adalah seperti berikut:
Bab 1 - Prinsip2 Islam Berkenaan Halal dan Haram
Bab 2 - Halal dan Haram Dalam Kehidupan Orang Islam
Bab 3 - Halal dan Haram Dalam Perkahwinan dan Kehidupan Berkeluarga
Bab 4 - Halal dan Haram Dalam Kehidupan Umum Muslim
Setiap tajuk besar ini diperincikan pula dengan sub-sub tajuk. Buku ini membicarakan keseluruhan berkenaan halal dan haram dalam segenap aspek kehidupan seperti makanan, minuman, pakaian, hubungan suami-isteri dan lain-lain. Sila dapatkan buku ini dari saya (ust zul-temerloh)013-9426737 atau Saufi 0139319101 (kuantan). Harga boleh dirunding.

Thursday, February 25, 2010

buku AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA


Buku ini bertajuk AMALAN SUNNAH SELEPAS SOLAT DAN KELEBIHANNYA, ditulis oleh sahabat saya, Ust Mohd Rifki Myidin dan sahabatnya Ust Mohd Subki Abd Rahman Al-Hafiz. Buku ini menjawab tuduhan golongan tertentu yang mengatakan amalan-amalan tertentu selepas solat yang telah sekian lama diamalkan adalah amalan bid'ah dan patut ditinggalkan, umpamanya seperti menyapu muka dengan tangan, wirid secara jahar, berdoa sambil mengangkat tangan dan lain-lain. Penulis membentangkan dalil-dalil serta hujah-hujah daripada pendapat para ulama dengan merujuk kepada kitab-kitab karangan mereka untuk menjawab tuduhan golongan tersebut. Walau bagaimana pun buku ini telah dijawab semula oleh golongan tersebut. Apa pun kita mestilah berlapang dada dalam memahami sunnah dan dalam menghadapi masalah khilafiyyah dan perbezaan pendapat para ulama.

Thursday, October 8, 2009

terjemahan AL-FIQH AL-MANHAJI oleh Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri


Ini adalah terjemahan kitab AL-FIQH AL-MANHAJI ALA MAZHAB AL-IMAM AL-SYAFIE, kitab fiqh syafie kontemporari karangan Dr Mustofa Bugho dan rakan-rakannya dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (bekas pensyarah USIM) beserta tambahan dan ulasan beliau sendiri. Versi terjemahannya sebanyak 7 jilid (beserta satu jilid untuk bahagian mukaddimah), terbitan Darul Syakir Enterprise, tahun 2009. Harga RM250 termasuk belanja pos. Bagi mereka yang tinggal di sekitar dareah Kuantan, Maran, Temerloh, Bera, Lanchang dan Jerantut buku ini akan dihantar kepada anda. Sila hubungi saya untuk mendapatkannya 013-9426737 (ust Zul-Temerloh), 013-9319101 (Saufi-.Kuantan)
RINGKASAN KANDUNGAN KITAB:

MUKADDIMAH- sejarah kitab, keistimewaan, metodologi terj, biografi pengarang, tokoh hadis n imam syafie, istilah fiqh syafie, ulasan tokoh2 agama ttg fiqh manhaji

JILID 1- hukum bersuci, solat, azan n iqamah, zakat fitrah, qurban n jenazah

JILID 2- zakat, puasa, iktikaf, haji n umrah, bersumpah, nazar, perburuan, sembelihan, akikah, makanan n minuman, pakaian n perhiasan dll

JILID 3- nikah n pkara bkaitan dgnnya, wakaf, wasiat dll (bab munakahat)

JILID 4- ilmu faraid, jual beli, salam, kontrak, riba dll (bab muamalat)

JILID 5- sewa, jialah, sulh,, pinjaman, syarikat, pelaburan dll (bab muamalat)

JILID 6- jenayah, qisas, hudud, kehakiman, dakwaan, sumpah, pembuktian, pemerintahan islam dll.

Tuesday, September 22, 2009

buku AMALAN 24 JAM DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH


Ini adalah buku amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah.
Terbitan PTS Islamika tahun 2009. Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Ia menghimpunkan lebih seribu sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Sila dapatkan buku ini melalui penerbitnya.

Sunday, September 13, 2009

buku HIMPUNAN SOAL-JAWAB PUASA


Buku Himpunan Soal-Jawab Puasa. Buku ini ditulis oleh saya sendiri bersama Ust Ahmad Adnan bin Fadzil. Terbitan PTS Islamika, cetakan pertama 2009. Buku ini membicarakan tentang permasalahan berkaitan ibadah puasa yang sering ditanya oleh orang awam seperti qada' puasa, kaffarah, fidyah, puasa dan isu-isu perubatan dan sebagainya. Jawapan kepada persoalan di dalam buku ini lebih menjurus kepada pengamalan dalam mazhab Syafie, pendapat jumhur ulama serta dimasukkan juga pendapat para ulama kontemporari seperti Prof Dr Ali Jum'ah, Syeikh Atiyyah Saqar, Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili dan lain-lain. Hubungi penerbit untuk mendapatkannya.

Sunday, August 16, 2009

Projek penterjemahan kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE sedang berjalan


Assalamualaikum!

Pembaca yang dirahmati Allah!

Ini adalah kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE yang dikarang oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili (pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu). Kitab ini adalah kitab fiqh mazhab Syafie yang terbaru, cetakan pertama Darul Qalam, Syria tahun 2007. Kami sedang mengusahakan penterjemahan kitab ini ke dalam bahasa Melayu moden supaya manfaatnya dapat dikembangkan dan diperolehi oleh masyarakat Islam di Malaysia. Kami memerlukan dana dari para dermawan sekelian untuk membiayai projek penterjemahan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isi kitab ini dan projek penterjemahan kitab ini sila berhubung dengan saya 013-9426737 (ust zul) dan 019-3642314 (ust azhar). Jazakumullah khairan kathira.Sekian.

Sunday, August 9, 2009

buku 100 PERSOALAN PUASA


PROMOSI SEPANJANG BULAN RAMADHAN!
Assalamualaikum!
Pembaca yang budiman....
Buku 100 Persoalan Puasa yang ditulis oleh Ust Azhar Yahya dijual dengan harga RM6 sahaja dalam saiz poket sempena Ramadhan ini. Sila dapatkannya dari saya.

Saturday, July 11, 2009

Terkini!!!! Buku 130 PERSOALAN DAN PANDUAN PRAKTIKAL SOLAT JAMAK & QASAR telah pun diterbitkan


Sudah terbit!!!!! Buku saya yang bertajuk 130 Persoalan dan Panduan Praktikal Solat Jamak & Qasar yang ditulis bersama Ust Azhar Yahya telah pun diterbitkan. Buku ini mengandungi 130 soal-jawab berkaitan hukum dan perlaksanaan solat jamak dan qasar secara praktikal. Jawapan yang diberikan ditumpukan kepada pendapat jumhur ulama dan berasaskan pengamalan dalam mazhab Syafie. Dimasukkan juga pandangan-pandangan ulama kontemporari seperti Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili, Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili, Prof Dr Mustofa Bugho, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Atiyyah Saqr, Prof Dr Ali Jum'ah dan lain-lain. Sebuah buku yang menjawab segala permasalahan solat jamak dan qasar mengikut konteks semasa dan amat kontemporari untuk zaman kini. Hubungi penulis jika berminat untuk membeli atau mengedarkannya di pasaran. 0139426737 (ust zul-Temerloh/Maran), 0193642314 (ust azhar-Wilayah Persekutuan).
Atau hubungi PENGEDAR KAMI di kawasan anda; WILAYAH PERSEKUTUAN: Ust Yusof (0172393429) IPOH : Ust Sazali (0195761173), SG SIPUT: Zulkifli (0126252835) , MUADZAM SHAH/KERATONG/SELANCAR: Ust Anuar (0199768087) Ust Wan Khairuddin (0199417334), PERLIS: Cikgu Ikhmal (0133769286), KUANTAN: Mohd Saufi (0139319101), JERANTUT: Din (0196572684) SELANGOR: Ust Mohd Hanif Ismail (0192086594) KUALA TERENGGANU: Ust Nazaruddin (0139034062), Roslan (0199334073) PORT DICKSON: Ahmad Husaini (0139844428), BAHAU: Mohd Nazeri (0196217695), JOHOR BHARU: Ust Mat Esa Deraman (0137647593)

Sunday, July 5, 2009

kitab MAUSUAH QADHAYA ISLAMIYYAH MUASIRAH UNTUK DIJUAL


Kitab Mausuah Qadhaya Islamiyyah Muasirah untuk dijual. Sebanyak 7 jilid dan dikarang oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili (adik kepada Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili). Sila hubungi saya jika berminat 0139426737 (zul). Harga boleh dirunding.

Thursday, July 2, 2009

kitab AL-ANWAR LI AMALIL ABRAR untuk dijual


Kitab AL-ANWAR LI AMAL AL-ABRAR, kitab fiqh mazhab Syafie, untuk dijual. Sebanyak dua jilid. Dikarang oleh Al-Ardibli. Kertas kuning cetakan lama. Harga boleh dirunding. Sila hubungi saya 0139426737 (zul).

Sunday, May 24, 2009

TERKINI!! PERPUSTAKAAN DIGITAL 24 CD/DVD MENGANDUNGI LEBIH 1470 E-KITAB


TERKINI!!!!! Perpustakaan digital (Al-Maktabah Al-Raqamiyyah) mengandungi lebih 1470 tajuk kitab dalam format pdf. Maktabah ini adalah kesinambungan dan penambahan kepada maktabah terdahulu, cuma ia terdapat tambahan 5 keping cd/dvd. Sekeping cd al-maktabah al-syamilah yang mengandungi 5505 kitab juga diberi secara percuma bersama perpustakaan digital ini. Juga terdapat sebuah buku (buku panduan) yang mengandungi senarai kitab yang terkandung dalam setiap cd/dvd. Kepada pembaca yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila lawati http://perpustakaandigital4u.blogspot.com/ dan kepada yang ingin mendapatkannya sila hubungi saya segera sebelum kehabisan stok ( 013-9426737 ust zul). Jazakumullah khairan kathira.

Tuesday, May 12, 2009

kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE


Ini adalah kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE yang dikarang oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili (pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu). Kitab ini adalah kitab fiqh mazhab Syafie yang terbaru, cetakan pertama Darul Qalam, Syria tahun 2007. Kami sedang mengusahakan penterjemahan kitab ini ke dalam bahasa Melayu moden supaya manfaatnya dapat dikembangkan dan diperolehi oleh masyarakat Islam di Malaysia. Kami memerlukan dana dari para dermawan sekelian untuk membiayai projek penterjemahan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isi kitab ini dan projek penterjemahan kitab ini sila berhubung dengan saya 013-9426737 (ust zul) dan 019-3642314 (ust azhar). Jazakumullah khairan kathira.Sekian.

Friday, May 1, 2009

kitab fiqhul albisah waz zinah


KITAB FIQHUL AL-BISAH WA AZ-ZINAH yang ditulis oleh Abd Wahab Abd Salam Tawilah, cetakan Darussalam, Kaherah, Mesir. Ia menghuraikan tentang etika pakaian dan perhiasan yang menurut garis panduan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Isi kandungannya adalah seperti berikut:
BAB 1: Pakaian dan Menutup Aurat
BAB 2:Pakaian Yang Disunatkan dan Pakaian Yang Diharamkan
BAB 3:Jenis-jenis Pakaian, Warna Pakaian dan Hukumnya
BAB 4:Perhiasan dan Hukumnya
BAB 5:Perhiasan Rumah
BAB 6: Gambar dan Menggambar
Buku ini amat elok dijadikan panduan seisi keluarga ke arah memahami etika memakai pakaian dan perhiasan menurut syariat Islam khususnya kepada kaum wanita.

Saturday, April 18, 2009

kitab fiqhul ad'iyah wal azkar


Kitab fiqhul ad'iyah wal azkar mengandungi zikir-zikir dan doa-doa Rasulullah SAW yang dipetik dari hadis-hadis sahih. Ia dikarang oleh Abd Razzaq b Abd Muhsin Al-Bodor, Dar Kunuz Isybilia, Madinah Al-Munawwarah, cetakan pertama 2005, sebanyak dua jilid empat qisim. Setiap jilid mengandungi dua qisim.

Saturday, April 11, 2009

perpustakaan digital 1472 buah e-kitab


Ini adalah buku panduan perpustakaan digital yang mengandungi 1472 kitab dengan ribuan naskhah dan hampir menyamai dua buah kontena kitab berbahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu. Kitab-kitab ini discan dari kitab asal dan disimpan dalam format pdf. Kelebihan program ini ialah ia seolah-olah kita membeli kitab asal dari kedai dengan terdapat cetakan, penerbit dan tahun diterbit, cuma ia discan semula dan disimpan di dalam cd-rom dan dvd-rom. Ia boleh didownload melalui internet tetapi memerlukan masa yang begitu lama dan mesti disusun semula mengikut kategori dan bidang ilmunya. Himpunan kitab-kitab ini dilakukan sendiri oleh pihak kami. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya, sila berhubung dengan ust azhar yahya (019-3642314)

Friday, April 3, 2009

melawat zoo negara


INI adalah gambar saya bersama keluarga (isteri, kakak dan anak-anak saudara) saya semasa melawat zoo negara pada musim cuti akhir persekolahan thn lepas (2008). Yg bercekak pinggang itulah saya, yang kelihatan tampan, bergaya dan macho tu (hahaha)....

Wednesday, April 1, 2009

al-maktabah al-syamilah


INI adalah program al-maktabah al-syamilah yang mengandungi 5500 kitab berbahasa Arab terbitan Ridhwana Enterprise, Indonesia. Ia boleh didownload melalui internet tetapi memakan masa yang agak panjang.
Saya menggunakan program ini sebagai bahan bantuan dalam penulisan buku-buku saya.

Monday, March 30, 2009

buku mendidik anak menyintai solat


INI adalah buku terjemahan saya yang kedua dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Judul asal buku ini di dalam bahasa Arab ialah "kaifa nuhabbibus solah li abna ina". Pengarangnya ialah seorang dr dari Iraq. Buku ini disiarkan melalui internet di www.saaid.com...Hubungi penerbit untuk mendapatkannya.

maktabah saya


Ini adalah gambar sebahagian dari mini maktabah di rumah saya. Di dalamnya mengandungi kitab-kitab agama berbahasa Arab dan Melayu. Saya menjadikan buku-buku yang terdapat di sini sebagai rujukan saya dalam menulis buku. Bilangan buku di dalamnya sentiasa ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan budget yang ada.

Sunday, March 29, 2009

buku 120 persoalan praktikal solat jamak dan qasar


Buku ini adalah tulisan saya sendiri bersama rakan saya Ust Azhar Yahya. Ia membincangkan kemusykilan2 berkenaan solat jamak dan qasar di mana sebanyak 120 persoalan berkenaan solat jamak dan qasar telah diperbahaskan di dalam buku ini. Jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini lebih menjurus kepada pengamalan dalam mazhab Syafie, di samping dibentangkan juga pendapat2 dlm mazhab lain dan pendapat jumhur ulamak.Untuk pengetahuan pembaca, buku ini masih dalam proses kemaskini, penambahan dan pengubahsuaian semula bagi cetakan kedua tidak lama lagi. Kepada para pembaca yang ingin membuat tempahan awal, sila maklumkan kepada saya 013-9426737 (ust zul) dan 019-3642314