Monday, January 26, 2009

buku jamak dan qasar

Solat adalah perkara asas yang penting di dalam Islam, nabi SAW bersabda :
اَلصَّلاَةُ عِمَادُ الدِّيْنَ مَنْ أَقَاَمَهَا فَقَدْ أَقَاَمَ الدِّينَ وَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ هَدَمَ الدِّيْنَ ( رواه البيهقي )
Maksudnya :
“Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat maka ia telah mendirikan agama, barangsiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia telah meruntuhkan agamanya “( Hadis Riwayat Baihaqi)

Ibadah solat merupakan ibadah paling penting dalam kehidupan seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT yang sekali-kali tidak boleh ditinggalkan walaupun ketika menghadapi sesuatu kesukaran dan kesulitan.

Solat jamak dan jamak dan qasar adalah kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam menunaikan kefardhuan solat lima waktu khususnya ketika berada dalam musafir atau keperluan tertentu.

Buku ini merupakan himpunan 120 persoalan utama berkaitan solat jamak dan qasar yang ditulis dan dipersembahkan khusus bagi menjawab kemusykilan anda berkaitan hukum-hakam dalam perlaksanaan solat jamak dan qasar. Segala persoalan dan jawapan yang terkandung di dalam buku ini adalah penyusunan semula dalam bentuk soal jawab terhadap hukum hakam solat jamak dan qasar yang telah dibincang oleh para ulama’ dalam kitab-kitab fiqh.

Dalam menghasilkan buku ini penulis telah merujuk kepada huraian dalam kitab-kitab fiqh Islam samada kitab klasik atau moden (khususnya dalam mazhab Syafie) kemudian dipersembahkan semula dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat Islam memahaminya dengan lebih jelas supaya mereka dapat mengamalkan solat jamak dan qasar secara praktikal dan menepati tatacara yang telah digariskan oleh para ulama di dalam kitab-kitab mereka.

Buku ini juga menjawab persoalan-persoalan semasa hari ini yang mesti diketahui dan difahami oleh pembaca berkenaan solat jamak dan qasar. Antaranya seperti cara menentukan sempadan qaryah hari ini, solat qasar bagi musafir sepanjang masa seperti juruterbang dan pramugari, solat jamak bagi pesakit, atlet dan pekerja yang bekerja melibatkan waktu solat dan tidak dapat meninggalkan kerjanya seperti doktor bedah, pengawal keselamatan dan sebagainya. Segalanya terjawab sekiranya buku ini berada di tangan anda..

Adalah diharapkan segala jawapan kepada persoalan yang terkandung buku ini dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Islam dalam memahami hukum-hakam dan tatacara perlaksanaan solat jamak dan qasar secara praktikal.

Berminat …..
Harga RM 10 tidak termasuk belanja pos….
Hubungi:
Email:-
nurtajdid@yahoo.com
tad9095@yahoo.com
atau
sms nama dan alamat ke
0139817790(nur)
0139426737(zul)

Sunday, January 25, 2009

Solat merupakah ibadah paling penting dalam kehidupan seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT yang sekali-kali tidak boleh ditinggalkan walaupun ketika menghadapi sesuatu kesukaran dan kesulitan.