Sunday, May 24, 2009

TERKINI!! PERPUSTAKAAN DIGITAL 24 CD/DVD MENGANDUNGI LEBIH 1470 E-KITAB


TERKINI!!!!! Perpustakaan digital (Al-Maktabah Al-Raqamiyyah) mengandungi lebih 1470 tajuk kitab dalam format pdf. Maktabah ini adalah kesinambungan dan penambahan kepada maktabah terdahulu, cuma ia terdapat tambahan 5 keping cd/dvd. Sekeping cd al-maktabah al-syamilah yang mengandungi 5505 kitab juga diberi secara percuma bersama perpustakaan digital ini. Juga terdapat sebuah buku (buku panduan) yang mengandungi senarai kitab yang terkandung dalam setiap cd/dvd. Kepada pembaca yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila lawati http://perpustakaandigital4u.blogspot.com/ dan kepada yang ingin mendapatkannya sila hubungi saya segera sebelum kehabisan stok ( 013-9426737 ust zul). Jazakumullah khairan kathira.

Tuesday, May 12, 2009

kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE


Ini adalah kitab AL-MUKTAMAD FIL FIQH ASY-SYAFIE yang dikarang oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili (pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu). Kitab ini adalah kitab fiqh mazhab Syafie yang terbaru, cetakan pertama Darul Qalam, Syria tahun 2007. Kami sedang mengusahakan penterjemahan kitab ini ke dalam bahasa Melayu moden supaya manfaatnya dapat dikembangkan dan diperolehi oleh masyarakat Islam di Malaysia. Kami memerlukan dana dari para dermawan sekelian untuk membiayai projek penterjemahan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isi kitab ini dan projek penterjemahan kitab ini sila berhubung dengan saya 013-9426737 (ust zul) dan 019-3642314 (ust azhar). Jazakumullah khairan kathira.Sekian.

Friday, May 1, 2009

kitab fiqhul albisah waz zinah


KITAB FIQHUL AL-BISAH WA AZ-ZINAH yang ditulis oleh Abd Wahab Abd Salam Tawilah, cetakan Darussalam, Kaherah, Mesir. Ia menghuraikan tentang etika pakaian dan perhiasan yang menurut garis panduan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Isi kandungannya adalah seperti berikut:
BAB 1: Pakaian dan Menutup Aurat
BAB 2:Pakaian Yang Disunatkan dan Pakaian Yang Diharamkan
BAB 3:Jenis-jenis Pakaian, Warna Pakaian dan Hukumnya
BAB 4:Perhiasan dan Hukumnya
BAB 5:Perhiasan Rumah
BAB 6: Gambar dan Menggambar
Buku ini amat elok dijadikan panduan seisi keluarga ke arah memahami etika memakai pakaian dan perhiasan menurut syariat Islam khususnya kepada kaum wanita.