Saturday, April 18, 2009

kitab fiqhul ad'iyah wal azkar


Kitab fiqhul ad'iyah wal azkar mengandungi zikir-zikir dan doa-doa Rasulullah SAW yang dipetik dari hadis-hadis sahih. Ia dikarang oleh Abd Razzaq b Abd Muhsin Al-Bodor, Dar Kunuz Isybilia, Madinah Al-Munawwarah, cetakan pertama 2005, sebanyak dua jilid empat qisim. Setiap jilid mengandungi dua qisim.

Saturday, April 11, 2009

perpustakaan digital 1472 buah e-kitab


Ini adalah buku panduan perpustakaan digital yang mengandungi 1472 kitab dengan ribuan naskhah dan hampir menyamai dua buah kontena kitab berbahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu. Kitab-kitab ini discan dari kitab asal dan disimpan dalam format pdf. Kelebihan program ini ialah ia seolah-olah kita membeli kitab asal dari kedai dengan terdapat cetakan, penerbit dan tahun diterbit, cuma ia discan semula dan disimpan di dalam cd-rom dan dvd-rom. Ia boleh didownload melalui internet tetapi memerlukan masa yang begitu lama dan mesti disusun semula mengikut kategori dan bidang ilmunya. Himpunan kitab-kitab ini dilakukan sendiri oleh pihak kami. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya, sila berhubung dengan ust azhar yahya (019-3642314)

Friday, April 3, 2009

melawat zoo negara


INI adalah gambar saya bersama keluarga (isteri, kakak dan anak-anak saudara) saya semasa melawat zoo negara pada musim cuti akhir persekolahan thn lepas (2008). Yg bercekak pinggang itulah saya, yang kelihatan tampan, bergaya dan macho tu (hahaha)....

Wednesday, April 1, 2009

al-maktabah al-syamilah


INI adalah program al-maktabah al-syamilah yang mengandungi 5500 kitab berbahasa Arab terbitan Ridhwana Enterprise, Indonesia. Ia boleh didownload melalui internet tetapi memakan masa yang agak panjang.
Saya menggunakan program ini sebagai bahan bantuan dalam penulisan buku-buku saya.