Saturday, March 28, 2009

lagi satu projek masih dlm pembikinan

Saya baru menghantar skrip bertajuk "fatwa2 terpilih prof dr ali jum'ah" kepada syarikat penerbitan mustread sdn bhd. skrip ini pada asalnya adalah terjemahan fatwa-fatwa dr ali jum'ah yang terdapat dalam program maktabah syamilah versi 2.11 yang mengandungi 5500 kitab. Skrip ini telah lama dulu saya siapkan, pernah di hantar kepada PTS islamika dan pustaka azhar tetapi mereka tidak dapat menerimanya. akhirnya saya menelefon en kahar selaku editor perolehan di syarikat berkenaan dan saya send skrip tersebut melalui emel. Beliau menerima skrip tersebut dengan syarat dilakukan sedikit penambahan isinya untuk menambahkan ketebalannya. Skrg saya sedang membuat apa-apa penambahan yg patut terhadap skrip ini.

1 comment: