Friday, March 20, 2009

projek terbaru dan terkini

Buku 120 persoalan solat jamak dan qasar masih dalam proses pembetulan dan penambahan semula. saya dan ust azhar, rakan kongsi saya dalam menulis buku ini sedang bertungkus-lumus melakukan penambahan dan pembetulan semula terhadap buku ini...insya allah kami akan mencetak dan menerbitkannya dengan edisi baru beserta tambahan dan pembetulan.....di harap pembaca dapat bersabar menunggunya di pasaran...pada masa yang sama juga saya sedang mengusahakan penterjemahan kitab Al-Muktamad Fil Fiqh Asy-Syafie yang ditulis oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili. Saya mendapat keizinan daripada Prof Zuhaili untuk menterjemahkan kitab ini ke dalam bahasa Melayu. Kini, saya sedang mencari pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan bagi membiayai projek ini terutamanya bayaran yang akan kami berikan kepada para penterjemah kami. Penerbitan terjemahan ini nanti akan diambil alih oleh Faza Publications, syarikat penerbitan kepunyaan akhi Ust Azhar Yahya. Kepada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan projek penterjemahan ini, harap dapat hubungi saya di talian 013-9426737 (ust zul). Kami mengalu-alukan sumbangan dari penderma-penderma yang budiman demi melihat kitab Al-Muktamad ini dapat dibaca terjemahannya oleh masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment